background

Wednesday, September 18, 2013

One Life Story : Soda Lemon Ice Tea

Soda Lemon Ice Tea 2...



“Wei girls, aku dengar kelas kita akan ada budak baru. Aku dengar cerita dia anak Tan Sri Syed Halim.”
“Mana ko tahu ni Sue?”
“Alah ko ni Ana,macam tak kenal je dengan minah kepoh sorang ni. Dia kan internet bergerak. Lebih laju lagi mozilla firefox.

“Amboi-amboi… sedapnya mulut ko Lin ngata aku. Sekurang-kurangnya aku menyampaikan maklumat yang betul, yang sahih dan yang paling penting hotstory.” Senyuman Sue amat sinis seolah-olah segala apa yang disampaikan betul belaka. Tetapi tidak dinafikan tiga sekawan ini memang terkenal dengan mulut kepoh mereka dan sifat mengada-ngada menyebabkan ada segelintir budak perempuan membenci mereka.



bersambung...

I'm back....

actually dah lama mira tak update blog.. story mira yang hari tu pun mira tak habis create lg.. so hari ni mira nak post blog mira or dalam erti kata lain mira nak continue story mira yang hari tu.. 

selamat membaca...  


wink-wink... >_~

Saturday, May 11, 2013

One Life Story : Soda Lemon Ice Tea

SODA LEMON ICE TEA 1...


Suasana pagi itu begitu hening dan mendamaikan.

“Wei,mana buku B.M aku? Korang nampak tak?” tanya seorang gadis yang sudah lengkap dengan berpakaian sekolah. B.M merupakan singkatan dari perkataan matapelajaran Bahasa Malaysia yang wajib diambil oleh pelajar tingkatan lima. Tiada yang terkecuali kerana matapelajaran itu yang menentukan lulus gagal sesorang pelajar tingkatan lima. Kalau B.M gagal bermakna gagal semua matapelajaran. Suasana di dalam asrama perempuan begitu riuh dengan suara pelajar perempuan yang beraneka ragam. Masing-masing dengan kerenah masing-masing.

“Kami pergi sekolah dulu Che Yah, kami dah lambat ni.” Kata seorang gadis yang merupakan ketua asrama perempuan kepada penjaga asrama. Che yah sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun sebagai penjaga asrama bersama suaminya Pak Din. Pak Din dan Che Yah sudah mereka anggap sebagai ibu bapa mereka sendiri dek kerana sikap Pak Din dan Che Yah yang begitu menyenangkan.
Suasana di dalam kelas 5 Elit riuh dengan suara para pelajar yang mempunyai aneka ragam. Walaupun sudah berkali-kali ditegur oleh guru-guru namun mereka tidak mengendahkan malahan mereka hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. 5 Elit memang terkenal di High School Education atau HSE di Putrajaya kerana sifat kenakalan mereka. Sekolah HSE ini banyak menempatkan pelajar dari kalangan anak orang berada. Dulunya sekolah ini adalah sekolah swasta namun selepas mendapat persetujuan dari para menteri, sekolah ini telah diletakkan juga dibawah kerajaan tetapi tidak sepenuhnya.


“Bangun.. selamat pagi cikgu!” ketua kelas 5 Elit dengan penuh beradab memberi salam kepada guru kelas mereka.
“Selamat pagi murid-murid. Baiklah, saya tahu sudah ramai yang mengenali diri saya kerana kamu semua bukan baru lagi di sini. Saya adalah Cikgu Anita, guru kelas baru kamu dan saya juga akan mengajar kamu bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Faham semua pelajar?” Cikgu Anita seorang guru yang berdisiplin dan dia memang terkenal dengan guru yang paling vogue di sekolah ini. Dia memang terkenal dengan guru yang kaki melaram dan pandai berfesyen. Namun begitu, dia amat tegas dalam kerjanya.


Bersambung...

one life story..

Asalam'kum... hye5 and salam one malaysia... ^_^


 hari nie mira nak post satu cerita yang mira sendiri buat. Actually dah lama dah mira buat cerpen ni tapi tak sempat-sempat nak post. Tak sempat pun sama, and malu pun sama sebenarnya... tapi hari ni saya post jugak demi my friends sebab diorang yang beria-ia sangat suruh saya post cerpen ni. siap la korang kalau korang tak baca or komen post saya. saya akan buli korang kalau korang tak jenguk blog saya.. hahahaha.. (evil were everywhere... hahaha >_-)

hehehe... gurau saja... saya still sayang korang lagi tau... sayang sangat-sangat tau... hehehe nak muntah dengarkan.. tapi tak apa la.. korang bukan dengar pun. baca je.. >_-

hope enjoy dengan cerpen saya.. ada yang kurang sila tegur ya.. 






wink-wink >_~

Thursday, December 27, 2012

perasaan saya dekat awak

Semalam awak call saya
awak cakap awak rindu saya sangat-sangat.
Tapi saya menafikan perasaan saya kat awak
saya cakap saya tak rindu pun kat awak...
tapi sebenarnya macam nak luruh
jantung saya tahan rindu kat awak.
Awak dah luahkan perasaan awak kat saya
tapi cara awak tu macam main-main je..
saya pun nak luahkan jugak, tapi saya 
takut awak cuma main-main je
pastu awak gelakkan saya...
saya terus batalkan niat saya tu...

saya tahu awak marahkan saya..
sebab awak cakap saya tak pernak serius dengan
apa yang awak cakapkan.
saya tahu awak kecewa..
Saya bukan tak serius tapi saya malu 
nak luahkan perasaan saya kat awak.
saya terus pendamkan je..


Dah banyak hari awak tak call and mesej saya.
saya tahu awak marahkan saya..
saya minta maaf.. tapi just bloleh said dlm hati je..
saya malu...
saya rindukan mesej awak..
saya rindu nak gayut dengan awak..
tapi saya terus menerus menafikan perasaan saya kat awak..
Ya Allah... aku rindu dia sangat-sangat..

hari-hari saya tengok FB awak.
tapi awak tak pernah pun tegur saya.. 
awak tak balas pon chating saya..
awak tak like pun gambar saya..
awak tak komen pun post saya..
ssya sedih sangat..
saya jeles sangat tengok awak komen gambar perempuan lain.
saya baca komen-komen awak terus saya logout..
saya tak sanggup.. saya CEMBURU...



awak.. saya nak bagitahu kat awak yang 
saya dah JATUH CINTA kat awak..
saya SAYANG awak sangat-sangat..
saya MINTA MAAF kalau saya bukan yang terbaik untuk awak..
saya harap akan ada yang TERBAIK yang akan 
menjaga awak nanti..

saya sayang sangat-sangat kat awak..
TUHAN.. tolong la jaga dia untuk saya..
sebab saya tak mampu nak jaga dia dengan baik...


wink-wink ~_-

Friday, September 21, 2012

First Time Di Tempat Orang

Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak segala urusan mira kat sini ( UMK ). Mira bersyukur sangat sebab dapat tawaran belajar. Mira tak kisah pon kat mana-mana yang mira dapat sambung study, mira pergi je. Kalau korang nak tahu, mira sebenarnya tak sangka pon yang mira akan sampai ke sini, rasa macam mimpi pulak.. ^_^ Tapi apa-apa pon mira mengucap syukur pada Illahi..
Kalau korang nak tahu jugak, sepanjang perjalanan nak ke sini mira dengan family asyik sesat je. Yela, first time mira pergi kelantan nie kan. dulu bukan tak pergi tapi tak sampai pon ke Kota Bharu ni. Jenuh jugak la kami berhenti tanya orang. And yang paling lucu tu, bila tanya orang ni dia akan bagitahu jalan ni and tanya orang lain pulak dia bagitahu jalan lain. Aduhhhh nie sejarah la dalam hidup mira. Mula-mula tu memang rasa nak temper jugak la, nasib baik ada mak ayah yang banyak bagi semangat.. haisyh..... bila sebut nama mak ayah ni rasa nak nangis la pulak.. rindu....... sobsobsob.. T_T
Tapi nak tak nak aku kena le jugak pandai bawa diri, pandai jaga diri and yang paling penting sekali pandai save bajet... ^_^ Mira berharap sangat mira tabah la duduk dekat sini. Yela, nie kali pertama tau mira merantau, so tak tahu lagi tentang tempat orang. okey la, nanti mira akan post lagi. Lepas nie post mira akan banyak tentang Kelantan jela, and tentang my study..
ok.... tata......................... ^_^


wink-wink >_~

Tuesday, September 18, 2012

Happy and Worried

Actually, mira dapat sambung belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam jurusan ijazah sarjana muda pengajian warisan. Of course la mira happy kan, yela.. ingat senang ke nak dapat peluang macam tu. Walaupun mira nie second intake tapi mira bersyukur sangat sebab mira dapat jugak masuk U.. happy, happy, happy, happy......... he5, over pulak kan..?
Kengkawan mira semua dah lepas dah. Now diaorang dah ada kat Universiti dah. Just mira je lambat sikit. Tapi it's ok la, yang mana dah ada kat U yang sama dengan mira nanti boleh la mira minta tolong diaorang sikit-sikit, malah bukan sikit tapi bebanyak.. he5.. ^_^
So, cerita tentang happy mira dah habis, sekarang ni mira tengah dalam kerisauan nie. Yela, mana mira tak risau,  surat tawaran mira still sampai sekarang belum keluar lagi. Diaorang bagitahu dari 16 sep hingga 30 sep. Mybe waktu tu semua office cuti, yela waktu tu kan cuti malaysia.. ( pujuk diri sendiri.. xde sape nak pujukkan.. :-(..). Tapi kalau sampai 30 haribulan nie mira tak dapat jugak surat tawaran tu, mira dianggap gagal. huhuhu sedih nya.. nak masuk U..:-(..
Hara-harap la mira dapat.. This not for me, but for my parents and family..
sobsobsob.. sedih jap.. :-(


wink-wink >_~