background

Saturday, May 11, 2013

One Life Story : Soda Lemon Ice Tea

SODA LEMON ICE TEA 1...


Suasana pagi itu begitu hening dan mendamaikan.

“Wei,mana buku B.M aku? Korang nampak tak?” tanya seorang gadis yang sudah lengkap dengan berpakaian sekolah. B.M merupakan singkatan dari perkataan matapelajaran Bahasa Malaysia yang wajib diambil oleh pelajar tingkatan lima. Tiada yang terkecuali kerana matapelajaran itu yang menentukan lulus gagal sesorang pelajar tingkatan lima. Kalau B.M gagal bermakna gagal semua matapelajaran. Suasana di dalam asrama perempuan begitu riuh dengan suara pelajar perempuan yang beraneka ragam. Masing-masing dengan kerenah masing-masing.

“Kami pergi sekolah dulu Che Yah, kami dah lambat ni.” Kata seorang gadis yang merupakan ketua asrama perempuan kepada penjaga asrama. Che yah sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun sebagai penjaga asrama bersama suaminya Pak Din. Pak Din dan Che Yah sudah mereka anggap sebagai ibu bapa mereka sendiri dek kerana sikap Pak Din dan Che Yah yang begitu menyenangkan.
Suasana di dalam kelas 5 Elit riuh dengan suara para pelajar yang mempunyai aneka ragam. Walaupun sudah berkali-kali ditegur oleh guru-guru namun mereka tidak mengendahkan malahan mereka hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. 5 Elit memang terkenal di High School Education atau HSE di Putrajaya kerana sifat kenakalan mereka. Sekolah HSE ini banyak menempatkan pelajar dari kalangan anak orang berada. Dulunya sekolah ini adalah sekolah swasta namun selepas mendapat persetujuan dari para menteri, sekolah ini telah diletakkan juga dibawah kerajaan tetapi tidak sepenuhnya.


“Bangun.. selamat pagi cikgu!” ketua kelas 5 Elit dengan penuh beradab memberi salam kepada guru kelas mereka.
“Selamat pagi murid-murid. Baiklah, saya tahu sudah ramai yang mengenali diri saya kerana kamu semua bukan baru lagi di sini. Saya adalah Cikgu Anita, guru kelas baru kamu dan saya juga akan mengajar kamu bagi matapelajaran Bahasa Malaysia. Faham semua pelajar?” Cikgu Anita seorang guru yang berdisiplin dan dia memang terkenal dengan guru yang paling vogue di sekolah ini. Dia memang terkenal dengan guru yang kaki melaram dan pandai berfesyen. Namun begitu, dia amat tegas dalam kerjanya.


Bersambung...

one life story..

Asalam'kum... hye5 and salam one malaysia... ^_^


 hari nie mira nak post satu cerita yang mira sendiri buat. Actually dah lama dah mira buat cerpen ni tapi tak sempat-sempat nak post. Tak sempat pun sama, and malu pun sama sebenarnya... tapi hari ni saya post jugak demi my friends sebab diorang yang beria-ia sangat suruh saya post cerpen ni. siap la korang kalau korang tak baca or komen post saya. saya akan buli korang kalau korang tak jenguk blog saya.. hahahaha.. (evil were everywhere... hahaha >_-)

hehehe... gurau saja... saya still sayang korang lagi tau... sayang sangat-sangat tau... hehehe nak muntah dengarkan.. tapi tak apa la.. korang bukan dengar pun. baca je.. >_-

hope enjoy dengan cerpen saya.. ada yang kurang sila tegur ya.. 






wink-wink >_~