background

Friday, September 21, 2012

First Time Di Tempat Orang

Alhamdulillah.. akhirnya selesai jugak segala urusan mira kat sini ( UMK ). Mira bersyukur sangat sebab dapat tawaran belajar. Mira tak kisah pon kat mana-mana yang mira dapat sambung study, mira pergi je. Kalau korang nak tahu, mira sebenarnya tak sangka pon yang mira akan sampai ke sini, rasa macam mimpi pulak.. ^_^ Tapi apa-apa pon mira mengucap syukur pada Illahi..
Kalau korang nak tahu jugak, sepanjang perjalanan nak ke sini mira dengan family asyik sesat je. Yela, first time mira pergi kelantan nie kan. dulu bukan tak pergi tapi tak sampai pon ke Kota Bharu ni. Jenuh jugak la kami berhenti tanya orang. And yang paling lucu tu, bila tanya orang ni dia akan bagitahu jalan ni and tanya orang lain pulak dia bagitahu jalan lain. Aduhhhh nie sejarah la dalam hidup mira. Mula-mula tu memang rasa nak temper jugak la, nasib baik ada mak ayah yang banyak bagi semangat.. haisyh..... bila sebut nama mak ayah ni rasa nak nangis la pulak.. rindu....... sobsobsob.. T_T
Tapi nak tak nak aku kena le jugak pandai bawa diri, pandai jaga diri and yang paling penting sekali pandai save bajet... ^_^ Mira berharap sangat mira tabah la duduk dekat sini. Yela, nie kali pertama tau mira merantau, so tak tahu lagi tentang tempat orang. okey la, nanti mira akan post lagi. Lepas nie post mira akan banyak tentang Kelantan jela, and tentang my study..
ok.... tata......................... ^_^


wink-wink >_~

Tuesday, September 18, 2012

Happy and Worried

Actually, mira dapat sambung belajar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam jurusan ijazah sarjana muda pengajian warisan. Of course la mira happy kan, yela.. ingat senang ke nak dapat peluang macam tu. Walaupun mira nie second intake tapi mira bersyukur sangat sebab mira dapat jugak masuk U.. happy, happy, happy, happy......... he5, over pulak kan..?
Kengkawan mira semua dah lepas dah. Now diaorang dah ada kat Universiti dah. Just mira je lambat sikit. Tapi it's ok la, yang mana dah ada kat U yang sama dengan mira nanti boleh la mira minta tolong diaorang sikit-sikit, malah bukan sikit tapi bebanyak.. he5.. ^_^
So, cerita tentang happy mira dah habis, sekarang ni mira tengah dalam kerisauan nie. Yela, mana mira tak risau,  surat tawaran mira still sampai sekarang belum keluar lagi. Diaorang bagitahu dari 16 sep hingga 30 sep. Mybe waktu tu semua office cuti, yela waktu tu kan cuti malaysia.. ( pujuk diri sendiri.. xde sape nak pujukkan.. :-(..). Tapi kalau sampai 30 haribulan nie mira tak dapat jugak surat tawaran tu, mira dianggap gagal. huhuhu sedih nya.. nak masuk U..:-(..
Hara-harap la mira dapat.. This not for me, but for my parents and family..
sobsobsob.. sedih jap.. :-(


wink-wink >_~